+follow
guest(s)
Ai'Bella
Every human has a different character. Similarly, differences in the way each life story.
Hi, my name isNabila.
Here is where the expression of my heart.
FAVOURITE's/ Thursday, 2 July 2015


Seorang insan yang pernah bergelar "Kekasih Hati" yang diberikan nama yang indah iaitu Mohd Aizat b Mohd Asri, telah menambat hati aku dengan cara dan tingkah laku nya yang mulia. Tak tahu kenapa hati terlalu sakit dan berat untuk melepaskan insan sepertinya. Pernah aku berjanji pada diri ni serta keluarga bahawa dia lah insan terakhir yang mencuri hati aku dan dia juga lah insan terakhir yang akan aku cinta. Sejak mengenali dirinya, banyak perkara yang aku belajar dari dia. Susah untuk aku terima yang dia betul betul tinggalkan aku seorang diri tanpa dia disisi. 15 September 2014 tarikh yang mencipta segala erti cinta dan sayang. Segala kenangan yang bermula pada tarikh tersebut amat aku pegang dan genggam dengan sekuat hati. Semoga kenangan itu tak akan pudar. Tak tahu macam mana boleh jatuh cinta dengan dia. Nak kata dia handsome? Muka ala ala kadar je. Nak kata dia berduit? Aku ni bukannya reti guna duit lelaki pun. Nak kata dia punya ayat manis madu? Huh, takda pula dia ayat aku manis madu. Mungkin jatuh cinta dengan cara layanan dia yang baik. Atau pun mungkin disebabkan kriteria dia yang luar biasa. Sebab tu aku tak interested with others man yang manis dimulut sahaja.


"Susah sangat hati ni nak terima orang lain selain diri kau, Aizat. Aku tak mampu nak berdiri seorang diri tanpa kau. Kau yang banyak mengajar aku benda benda yang betul macam nasihat and others. Mungkin kau seorang yang "extraordinary" dan mungkin juga aku tak pernah menyayangi insan yang bersikap seperti diri kau. Setiap perkara yang kau lakukan dekat aku, sikit pun takda niat nak benci kau sebab terlalu sayang sangat dengan kau."

Manusia semua boleh berubah tapi kenangan tak akan pernah berubah. Aku harap kita kekal kan kenangan kita sampai kita hembuskan nafas yang terakhir. Macam mama cakap kan,

"Biar kita berjauhan dengan pasangan yang kita sayang, asalkan hati kita untuk dia dan hati dia untuk kita. Jaga hati dia baik baik macam mana kakak jaga hati mama dengan ayah. Tanamkan dalam hati kakak yang Aizat itu adalah seorang lelaki yang banyak mengajar kakak dalam percintaan. Mama dapat rasakan yang Aizat pun masih sayangkan kakak. Just changed your attitude and oneday you will get him back into your life. Trust on me and keep prayed to Allah. Mama ayah selalu support anak anak mama ayah."

*semoga Allah menjaga kau dengan sebaik mungkin. Semoga kau sihat dan bahagia disamping orang tersayang. See you again...

CREDITS: Jung나